Pages

Saturday, 16 March 2013

Empat maut nahas di laluan Merapoh,


KERETA Honda City remuk teruk selepas bertembung dengan bas ekspres dalam kemalangan yang meragut empat nyawa di Kilometer 17, Jalan Lipis-Merapoh, tengah malam, semalam.








KUALA LIPIS 15 Mac - Empat termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun maut selepas kereta jenis Honda City yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 17, Jalan Lipis-Merapoh dekat sini tengah malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 12.30 tengah malam itu turut menyebabkan pemandu dan seorang lagi penumpang kereta berkenaan mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki lima mangsa termasuk bayi perempuan terbabit dalam perjalanan dari arah Gua Musang, Kelantan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130316/je_02/Empat-maut-nahas-di-laluan-Merapoh#ixzz2Nh8UH72O
© Utusan Melayu (M) Bhd