Pages

Friday, 12 April 2013

itulah dia kaum hawa


mereka menyangka,
kita yang terlihat menangis hari ini,
dihadapan mereka,
adalah gadis lemah,
yang tidak cukup kuat dan tabah,
gadis manja,
yang tidak punya pengalaman kehidupan.

dan mereka berkata,

bahawa gadis yang tak pernah terlihat menangis itu,
adalah gadis yang kuat.
adalah gadis yang tabah.

pada hakikatnya,

kita adalah gadis yang sama.
dari air mata kita belajar kuat.
dari kelemahan kita bina ketabahan.

bila tak semua air mata mampu tertahan,

begitu jugalah tak semua air mata akan tertumpah.

dihadapan sesetengah orang,

kita tak akan mampu berlagak kuat,
dan dihadapan sesetengah orang lain,
kita juga tak akan mahu menangis. ”
— manusia menyangka, sedang DIA memahami. ;’)