Pages

Monday, 13 May 2013

rahsia kuntuman bunga

assalamualaikum..



Rupanya, bunga ini ada makna dan signifikasi sendiri yang berkaitan dengan hidup. Contohnya, sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sihat'. Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri.

Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja... yelah nak beli pun murah .. hehehee...

Mari singgap erti di sebalik bunga.








Rahsia Di Sebalik Kuntuman Bunga

Erti Ros
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.

ROS Putih
Cinta sejati dan kekuasaan.

CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang.

CAMELIA
Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.

KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.

DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.

IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.

JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.

ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.

ROS Merah
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.

MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya.

TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.

IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.

VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.








No comments:

Post a Comment